Photobucket
AnnyeongHasaeyo all my buddies!!! Welcome to A-ra's blog ! Enjoy your stay ~ Korea Soul all the way ツ

LOVE BEGINNING WITH CRY [CHAPTER 3]



CHAPTER 3

Tik tik tik... jam terus berdetik dan matahari yang bersinar sudah lama terbenam tetapi Mir masih belum muncul di rumah. Chean Doong duduk di sofa ruang tamu sambil memikirkan keadaan Mir.jelas di wajahnya dia amat risau akan keadaan Mir.

“Mir baik-baik kah? Dia tak sakit kah?” hati Chean Doong bertanya. Chean Doong bangkit dari sofa dan berjalan pantas ingin mencari Mir. Sebaik dia ingin memulas tombol pintu, pintu telah terbuka terlebih dahulu. Chean Doong mengangkat wajahnya.
                “Anyeong..........” ucap Mir tidak dapat di habiskan sebaik melihat abangnya berada di kaki pintu memandangnya dengan wajah yang marah. Mir sudah tertunduk memandang lantai dia tahu Chean Doong pasti marah sekali dengan tindakkannya.

                “Ke mana kamu pergi?” soal Chean Doong yang masih memandang Mir dengan tajam. Mir ketakutan tetapi dia cuba berkata.
                “Mianhae hyung...” Mir tidak menjawab pertanyaan Chean Doong, dia hanya mengukapkan kata maaf saja.

                “Ke mana kamu pergi?!” soal Chean Doong sekali lagi dengan nada yang agak tinggi.
                “Mir... Mir pergi teman Key pergi seminar muzik lepas kelas tadi.” balas Mir dengan suara yang tersekat-sekat.

                “Kenapa kamu tak beritahu hyung?? Kenapa?!!” tengking Chean Doong. Mir terkedu apabila Chean Doong menengkingnya sebelum ini abangnya tidak pernah bersikap demikian.
                “Mir...Mir..” Mir cuba memberitahu Chean Doong yang dia sudah membuat panggilan ke nombor Chean Doong tetapi tidak dapat di hubungi tetapi lidahnya kelu.
                “Please listen this... I know u not a child anymore I know now you have own way to be but as a your brother I
need know where and what you going to do. Kamu faham tak?” marah Chean Doong kepada Mir. Mir hanya tertunduk. Kemarahan Chean Doong begitu membuatnya terkejut hingga tidak mampu berkata apa-apa untuk  menyatakan hal sebenar.

                “Sudah lah. Hyung malas nak bercakap tentang ini lagi.” Sambung Chean Doong. Dia terus membuka kasutnya lalu berjalan terus ke biliknya.

Chean Doong menghempaskan dirnya ke katil. Dia masih tidak tahu apa sebab Mir secara tiba-tiba mementingkan diri tetapi dalam masa yang sama dia agak kesal memarahi Mir sebegitu rupa. Sejujurnya dia tiada niat untuk memarahi Mir, dia sendiri perlu menerima kenyataan usia Mir semakin meningkat, dia ada jalan kehidupannya tidak akan selamanya Mir akan ada di atas landasannya.

Chean Doong kemudian bangkit dari katil dan melangkah ke pintu bilik untuk ke tandas membasah wajahnya sebaik melangkah di hadapan pintu dia terpijak sehelai kertas yang bertulis. Dia membongkokkan badan untuk mengambil kertas yang bertulis itu.

“Mianhae hyung.. Mir tak dapat nak cakap terus pada hyung... hyung marahkan Mir kan? Sebenarnya Mir ada call hyung sebelum ingin pergi tapi hyung tak jawab mungkin telefon bimbit hyung tak ada bateri.. Mir kena pergi sebab Mir dah janji... omma pernah kata kalau kita dah janji pada seseorang itu jangan kita tiba-tiba lupakan.. mungkin orang itu akan kecewa atau terluka... mianei hyung.. lepas ni Mir tak akan lakukan kesalahan yang sama..-MIR” Chean Doong terasa bersalah terhadap Mir. Dia merenung kertas itu untuk beberapa ketika. Dia  berasa bersalah kerana terlalu tegas terhadap Mir hingga adiknya itu takut untuk menyatakan hal sebenar.

Chean Doong menyelut poket seluarnya mencari telefon bimbitnya. Telefon bimbit sudah terpadam dia pantas mencari pengecas dan mengecas telefonnya itu. Dia menekan punat membuka telefon dan sebaik memasuki ruang utama untuk beberapa ketika banyak SMS yang di hantar menyatakan Mir telah menelefonnya mungkin sudah 15 kali Mir menelefon.
Chean Doong menjadi semakin serba salah dia terus memarahi Mir tanpa memberi ruang untuk adiknya itu membela diri.

Tobol pintu bilik Mir di pulas kemudian Chean Doong melangkah masuk. Mir yang sedang bebaring di katil sambil membaca sebuah surat terus bangkit dan menyorokkan surat yang berada dalam tangannya ke bawah bantal yang ada di sisinya. Chean Doong agak curiga dengan surat itu tetapi itu bukan masanya untuk dia mengambil tahu isi kandungan surat itu yang terpenting baginya sekarang mengucapkan kata maaf kepada Mir.

                “Mir, hyung ganggu kah?” soal Chean Doong.
                “Tak..Tak adalah hyung. Mir yang salah, seharusnya Mir dengar kata-kata hyung. Lepas omma appa pergi, hyung dah terlalu banyak susah untuk jaga Mir. Gomawo atas semua yang hyung lakukan untuk Mir.” Kata Mir. Dia masih merenung lantai dan tidak sekalipun dia menoleh ke arah Chean Doong.

                “Kalau kamu betul-betul tak kisah, kenapa kamu tak tunjukkan riaksi seperti apa yang kamu kata?” soal Chean Doong.
                “Se...Sebenarnya.. Ada sesuatu yang merungsingkan Mir.” balas Mir.
                “Merungsingkan kamu? Apa yang merungsingkan kamu? Cerita lah pada hyung.”
Mir mencapai surat yang di bacanya sebentar tadi. Dia merenung surat itu begitu lama. Dia tidak pasti haruskah dia memberikan surat itu kepada abangnya.

                “Mir, kamu ada masalah kah?”  soal Chean Doong sekaligus menyedarkan Mir daripada lamunannya. Tanpa berfikir panjang lagi, Mir memberi surat itu kepada abangnya.
                “Surat?” sebaik saja melihat surat yang di hulurkan Mir secara tiba-tiba suatu perasaan yang tidak menyenangkan hadir menyelubungi Chean Doong.

Walaubagaimana pun Chean Doong cuba mengendahkan perasaan yang datang lalu surat di tangan Mir di sambut. Chean Doong membukannya dan membaca dengan teliti kandungan surat itu.

                “Surat cinta?” perasaan yang tidak tenang itu terus menghimpit hatinya. Chean Doong terdiam dan kaku
apabila membaca keseluruhan surat itu.                                                                                                                                                                                                   
                “Hyung, apa yang harus saya lakukan?”

thanks for reading

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.