Photobucket
AnnyeongHasaeyo all my buddies!!! Welcome to A-ra's blog ! Enjoy your stay ~ Korea Soul all the way ツ

LOVE BEGINNING WITH CRY [CHAPTER 2]


CHAPTER 2

                “Key!” teriak Mir dari jauh. Dia berlari ke arah Key.
                “Aku ikut kau ya?” ujar Mir. Key terus tersenyum sebaik sahaja mendengar kata-kata Mir.

                “Gomawo! Seminar pukul 3.50 p.m. so, jom aku hantar kau balik dulu kau relax dulu dekat rumah. Then aku ambil kau pukul 3.30p.m boleh? Aku nak balik sekejap, ada hal.” Kata Key. Mereka kemudian menaiki pacuan empat roda berwarna merah milik Key.
                “Bawa instrument juga ya!” pesan key kepada Mir sebaik saja Mir turun dari keretanya di hadapan rumah Mir.

                “Ok.” Balas Mir ringkas.

Sebaik pacuan empat roda berwarna merah itu berlalu pergi hilang dari pandangannya. Mir lantas mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya.
                “Anyeong!” ucapan itu tidak di saut. Mir melangkah masuk ke dalam rumah dan menjeling ke arah dapur sekiranya abangnya sudah pulang. Chean Doong tiada di dapur. Kemudian Mir melangkah ke bilik Chean Doong tetapi tiada sesiapa di dalam bilik itu.

Dia cuba menelefon Chean Doong sekali lagi bagi memberitahu hasratnya untuk pergi ke seminar muzik bersama rakannya, Key.  Panggilan itu tidak di jawab. Mungkin telefon bimbit Chean Doong kehabisan bateri ataupun dia tidak perasaan akan panggilan dari Mir itu.

Ketika itu anak tekak Mir terasa dahaga, dia melangkah ke dapur dan membuka peti sejuk mengambil sekotak air oren lalu di ambil gelas kaca di rak dapur itu. Dia membawanya ke meja makan. Mir menguk segelas air oren sambil itu dia memandang ke jam dinding yang ada dki ruang tamu. Hampir tersembur air yang di minumnya apabila melihat jam menunjukkan 2.40p.m. Dia hampir terlambat untuk bertemu Key.

Mir menyimpan kembali air oren yang di keluarkan sebentar tadi ke dalam peti sejuk kemudian membasuh gelas yang telah di pakai. Selepas itu, dia laju berjalan menuju ke arah pintu keluar dan memakai kasutnya. Setelah memakai kasut di kaki, Mir baru teringat akan pesanan key yang memintanya membawa alat muzik bersama.

Dia mengeluh kecil. Mir membuka kasutnya dan berjalan pantas ke sebuah bilik merangkap studio mini dia dan Chean Doong. Studio mini itu telah lama wujud di dalam rumah itu. Ayah Chean Doong dan mir telah memgubah suai bilik itu selepas melihat kegigihan Chean Doong dan Mir dalam mengambil bahagian dalam bidang muzik.
                “Apa yang patut aku ambil?” soal Mir sendirian. Dia memandang ke setiap alat muzik yang ada di dalam bilik itu. Mir tertarik akan sebuah gitar yang tersandar di dinding milik Chean Doong. Tanpa memikirkan apa-apa dia lantas mengambil gitar itu dan berjalan keluar.

                “Hyung, maaflah Mir terpaksa keluar tanpa kebenaran hyung.” Hati Mir berbisik sebelum melangkah keluar dari perkarangan rumahnya.

                “Anyeong Mir!!!” ucap Chean Doong sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan agak sunyi sepi seperti tiada orang yang ada di dalamnya. Dia melangkah terus ke bilik Mir tetapi kelibatan Mir tiada di situ. Chean Doong kemudian berjalan ke studio mini mereka mungkin saja Mir ada di situ tetapi angarannya meleset jauh. Mir tiada di situ. Dia mengeling ke arah jam dinding yang ada di studio mini mereka. Jam sudah menunjukkan hari semakin tua.

“Mir tak balik lagi kah?” desis hati Chean Doong. Dia melangkah keluar dari rumah dan menuju ke kolej Mir. Secara kebetulan semasa Chean Doong memasuki pekarangan kolej itu dia terpandang ke arah Jin Woon, rakan sekelas Mir ketika di bangku sekolah.
                “Jin Woon!" teriak Chean Doong memanggil Jin Woon yang agak jauh darinya. Jin Woon menoleh dan mencari pemilik suara yang memanggil dirinya tadi lalu pandangannya melihat seorang lelaki yang sedang berjalan pantas ke arahnya.
                “Jin Woon..”

                “Yah hyung...Saya ingatkan siapa tadi..”  ujar Jin Woon. Dia tidak dapat mengecam wajah Chean Doong dari jauh.
                “Kamu ada nampak Mir tak?” soal Chean Doong sambil mengeling sekeliling mencari Mir. Jin Woon perasaan akan Chean Doong yang cemas.
                “Em..Tadi kelas pukul 1.00 tadi saya nampak dia dengan Key.. Kenapa hyung?” soal Jin Woon yang
kebingungan.

                “Key? Mereka ke mana?” soal Chean Doong lagi tanpa membalas pertanyaan Jin Woon.
                “Eemm...Maybe some place that have music? Gig or konsert? Sebab saya nampak Key ada bawa gitar tadi.” ujar Jin Woon. Chean Doong agak terkejut apabila Jin Woon mengatakan mereka mungkin pergi ke gig atau konsert sebelum ini Mir tidak pernah menapakkan kakinya ke tempat-tempat itu.

                “Gig? Konsert? Tak mengapalah..gomawo.” kata Chean Doong kemudian mengatur langkah meninggalkan Jin Woon.

thanks for reading

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.