Photobucket
AnnyeongHasaeyo all my buddies!!! Welcome to A-ra's blog ! Enjoy your stay ~ Korea Soul all the way ツ

LOVE BEGINNING WITH CRY [CHAPTER 1]

CHAPTER 1

                “Adakah orang yang bersama kita kini orang yang sebenar-benarnya yang kita cari? Atau di sebalik perhubungan cinta yang terjalin ada satu lagi pihak mencintai. Bagaimana kamu menilainya dan memilih antara  cinta itu?”

Semuanya bermula pada ketika itu...

Seorang gadis bergaun merah jambu paras lutut sibuk melukis pemandang melalui beranda rumahnya yang berdekatan dengan biliknya. Wajahnya bersih dari sebarang alat solek hanya sedikit bedah sahajanya meriaskannya tetapi wajahnya tetap cantik bersahaja.  Keadaan yang sunyi sungguh membuatkan dirinya tidak bersemangat. Dia berdiri dan mendapatkan  IPOD Applenya yang berada di meja yang tidak jauh dari beranda itu.

Ji Yeon berjalan kembali ke papan lukisnya. Baharu saja dia ingin mengalun lagu yang di minatinya tiba-tiba suatu alunan muzik dan suara yang merdu kedengaran. Lagu yang di minati di nyanyikan seseorang dari kawsan luar rumahnya. Suara itu membuatkan hati Ji Yeon terdetik. Dia bangkit dari kerusi lalu berjalan ke beranda mencari pemilik suara itu.

Matanya tertumpu kepada seorang pemuda yang sedang khusyuk bermain gitar akuastiknya sambil menyanyi sebuah lagu yang tidak asing lagi pada Ji Yeon. Rambut perang keemasan bersinar, matanya yang redup, suara yang merdu dan wajah yang menawan. Semua yang ada pada pemuda itu menepati keseluruhan ciri-ciri lelaki yang ingin di milikki setiap gadis.

Ji Yeon merenung pemuda itu untuk sekian lamanya. Petikkan gitar lelaki itu berhenti dan dia berpaling melihat sekeliling. Mungkin saja dia dapat merasakan ada mata yang sedang memerhatinya. Pemuda itu terpandang ke arah Ji Yeon yang berdiri di beranda. Pemuda itu terus melemparkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah Ji Yeon yang membuatkannya tersedar dari lamunan.

Wajah Ji Yeon mula menjadi merah. Dia lantas berjalan ke dalam rumahnya kembali tanpa membalas senyuman mahupun lambai pemuda tersebut. Degupan jantungnya berdetak laju. Ianya kukuh, hati Ji Yeon seperti ingin mengenali pemuda itu. Walaubagaimana pun semua itu mungkin hanya akan menjadi sebuah angan-angan kerana sifat Ji Yeon yang tidak tahu bergaul.Ji Yeon bersembunyi di sebalik langsir panjang yang ada di balkoni itu. Dia memerhati setiap gerak geri pemuda itu. Walaupun dia tidak pernah mengenali  pemuda itu tetapi hatinya seperti ingin mengenali pemuda itu.

Jam menunjukkan sudah masuk 1.50 p.m itu menandakan kelas terakhir Mir pada hari itu telah pun berakhir. Mir mengemas barang-barangnya dan seperti biasa dia akan terus pulang ke rumah tanpa mengadakan acara lain selepas waktu kelas.Di dalam seluruh kolej itu, mungkin hanya Mir yang bersikap sebegitu rupa. Biarpun usianya sudah pun memcecah 19 tahun tetapi dia seperti seorang kanak-kanak yang tidak tahu mengenai dunia luar dan selalu memerlukan perlindungan dari seorang insan yang bergelar abang.

Abangnya, Chean Doong begitu teliti menjaga dirinya tidak kiralah dari segi apapun abangya itu akan sentiasa menjaganya. Mungkin kerana mereka sudah tidak mempunyai insan lain di sisi mereka hanya dia dan abangnya sahaja. Ibubapa mereka telah lama pergi meninggalkan mereka dalam satu kemalangan.Mir berjalan keluar dari kelasnya dan terus menuju ke pintu gerbang kolejnya itu. Ketika berjalan ke pintu gerbang suatu suara memanggilnya.
                “Mir!” teriak Key  sambil berlari ke arahnya. Mir menghentikan langkahnya dan berpaling ke belakang.
                “Wae?” tanya ringkas Mir dengan wajah yang selamba.

                “Jom teman aku.” Kata Key  lalu menarik lengan Mir.
                “Eh. Sekejap. Kau nak bawa aku ke mana ni?” soal Mir kembali kepada Key.                       
                “Seminar muzik. Jom lah. Kau kan kawan baik aku!” balas Key. Mir seperti memikirkan sesuatu di dalam fikirannya. Tidak sampai hati dia menolak pemintaan kawan baiknya itu.
Sebelum ini Key  telah banyak membantunya tidak mungkin dia menolak permintaan itu sewenang-wenangnya tetapi dalam masanya saya dia perlu memikirkan permintaan itu ‘’adakah abangnya akan membenarkannya?’’ persoalan berlega-lega di mindanya

                “Mir...! Temankan lah aku ni!” bentak Key  sekali gus menyentak Mir daripada memikirkan persoalan yang susah untuk di balasnya itu.
                “Aku kena balik tanya abang aku dulu la.” ujar Mir sebaik terlintas kata-kat itu di kepalanya.
                “Kau call jelah abang kau tanya boleh or tak.” arah Key. Mir tanpa berfikir apa-apa mengeluarkan Iphone hitam yang di hadiahi oleh abangnya kepadanya lalu mendail nombor chean Doong.(nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi..harap maaf..)Berkali-kali Mir cuba menelefon abangnya itu tetapi yang dapat di dengari hanyalah perkara yang sama. Mungkin abangnya masih sibuk berkerja agar Mir apabila panggilan tidak di jawab. Dia meletakkan gangga telefon dan menghadap ke arah Key.

                “Key, abang aku. Abang aku tak angkat call lah.” ujar Mir yang dalam perasaan yang bersalah. Key  mula mencebik muka.
                “Alaa... Jom laa, hari ni je! Please my bestie!” rayu Key untuk mendapat sedikit simpati daripada Mir. Mir memandang wajah Key untuk beberapa ketika.

Persoalan yang sama berlega di mindanya kembali. Selalunya semua keputusan bakal di tentukan oleh Chean Doong tetapi kini abangnya tidak ada di situ untuk memutuskan keputusan. Keputusan kini berada di tangannya sendiri. Begitu susah buat dirinya yang tidak pernah memutuskan apa-apa sebelum ini.

Key  yang melihat air muka Mir yang berubah  akhirnya berputus asa untuk membawa Mir bersamanya. Dia begitu berharap Mir dapat pergi bersamanya, di dalam hidupnya Mir sudah sebahagian dari keluarganya. Walaubagaimana pun dia megerti walaupun dia sudah menganggap Mir sebahagian dari keluarganya dan hidupnya tetapi dia masih tidak mampu untuk memaksa apa-apa yang Mir inginkan.

                “Tak mengapalah  Mir. Aku faham. Aku pergi dulu ya? Anyeong.’ Kata Key  sambil menepuk bahu Mir dalam perasaan yang sedikit kecewa. Dia berpaling dari Mir dan mula mengatur langkah seterusnya untuk pergi. Mir memandang Key yang melangkah pergi semakin jauh darinya ketika itu juga dia masih belum memutuskan apa-apa.

thanks for reading

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.